Search This Blog

Thursday, September 30, 2010

dara wanita...










JIKA anda sudah menyukai seseorang wanita dan berhajat untuk bersamanya membina keluarga, tidak ada sebab anda tidak boleh berbuat demikian kecuali anda sendiri yang tidak mahu.


Memilih isteri bukan seperti membeli kereta. Mana boleh mencuba dahulu kemudian berkahwin! Jika sudah selesa dan suka di antara satu sama lain, sejarah silam mereka tidak perlu difikirkan, apa yang penting adalah masa depan dan saling percaya-mempercayai.

Soal sama ada masih dara atau teruna tidak perlu dibangkitkan. Istilah dara dan teruna ialah bagi lelaki dan wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seksual penetratif. Selaput tisu atau ‘selaput dara’ yang terdapat di pintu faraj hanya terdapat pada sebilangan wanita. Jika tisu itu nipis, ia mungkin boleh pecah akibat aktiviti fizikal. wanita yang mempunyai selaput dara yang menutup pintu faraj sehingga ia tidak datang haid dalam tempoh yang lama. Dalam keadaan ini selaput daranya perlu ditebuk, tetapi dia sebenarnya masih lagi dara kerana belum pernah bersetubuh.

Di samping itu, terdapat selaput dara yang tebal dan tidak pecah walaupun melakukan hubungan seksual penetratif.

Wanita kini semakin terbuka dan mereka tahu cara untuk memulakan persetubuhan. Jika wanita itu melegakan pembukaan faraj, kemungkinan pendarahan tidak akan berlaku. Sewaktu memasukkan zakar dan faraj dikemutkan, pintu faraj mungkin boleh terluka atau melecet.

Apa yang penting ialah hubungan itu dapat dilakukan dengan selesa kerana ia bukanlah satu pertarungan. Ia adalah satu hubungan intim yang mesra dan selesa serta harus dilakukan dengan penuh kesempurnaan.

Jangan terpengaruh dengan cerita dongeng kononnya wanita yang selaput daranya pecah berjalan semacam dan mempunyai sikap yang buruk.

Jika anda sudah jatuh hati dan berhajat untuk berkahwin dengannya, teruskan dan jangan toleh ke belakang.

Pada zaman jahiliah, wanita boleh dijual beli dan kemaluan mereka dijahit supaya daranya kekal. Jahitan itu hanya dibuka apabila terdapat pembeli yang ingin melakukan hubungan seks dengannya.

Kini di zaman moden, tiada perbezaan antara lelaki dan wanita dari aspek sosial. Apa yang berbeza ialah dari segi biologi.

2 comments:

  1. alhamdulillah perkongsian yang membina...tapi mcm ne plak klu wanita itu pernah melakukan dosa..dan die bertaubat...adakah die tetap dihina??

    ReplyDelete
  2. sebenarnye.. kalau kita melakukan taubat nasuha, sume dosa kita diampunkn.. kita mnjadi suci semula.. di mata manusia saja yg selalu memandang serong seseorng je yg hina tetapi x pada allah.. yg pnting taubat nasuha..

    ReplyDelete