Search This Blog

Thursday, February 11, 2010

mak...

bak kata org, kasih ibu membawa ker syurga, kasih bapa sepanjang hayat(syg mak, moga bahagia disana)


Pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati . Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."

*hargaila kedua org tua kita, berbakti la kpd mereka jika masih hidup, jika telah pergi menemui allah, selalu la mendoakn mereka kerana....

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka
terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah
jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang
soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.